Kalau NUFF ZzZzZ tu..Tolong la gerak yer..3 kali cukup lah [F5].. kalau x jaga gak..biarlah NUFF tu tido..letih sangat la tu..hehe

Tolong Klik kalau ada iklan kat bwh k..

13 June 2010

Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak

MELBOURNE: Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.
Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak di The Children''s Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria yang berbahaya pada kerongkong mereka.

"Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium," katanya seperti yang dipetik oleh Australian Associated Press.

Menurut laporan itu, seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia.

"Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," kata Prof Booy. - Bernama

Milo: Jauhi rokok..perokok bukan saje boleh membunuh diri malah boleh membunuh org lain.. Say NO to Rokok

4 comments:

Unknown said...

org sekeliling yg lbh berpotensi maut dr perokok tu sendiri
huhuhu~

Milofloat said...

slagi x kena pada diri...mmg xkan stopp...

mimi said...

ade stgh org stop smoke waktu dia/bini dia pregnant ja(dgn alasan,takot anak dlm kandungan x sempurna).Tpbila da bersalin,smoke balek.

Milofloat said...

tu namanye syg nak jer..diri sndiri x syg..hehehe.. depends pada diri la kot..