Kalau NUFF ZzZzZ tu..Tolong la gerak yer..3 kali cukup lah [F5].. kalau x jaga gak..biarlah NUFF tu tido..letih sangat la tu..hehe

Tolong Klik kalau ada iklan kat bwh k..

15 May 2010

Selamat Hari Guru...Saya ingat jasa cikgu..TQ

Jasa guru takkan terbalas sampai bila2. itu adalah 1 hakikat, tanpa mereka kita takkan menjadi diri kita sekarang ini. betapa mereka bersusah payah mengajar kita apa erti hidup dan memberikan kita pilihan hala tuju yang ingin kita lalui.

kepada merekalah tempat kita bertanyakan soalan yg kita keliru, tentang ilmu atau dilema, dan mereka cuba memuaskan hati kita dengan jawapan yg sesuai.dengan mereka lah kita bergelak ketawa dan mencipta memori pahit manis yang akan sentiasa terpahat di hati.mereka melakukan apa sahaja yg diperlukan agar kita akan berjaya dalam menempuhi setiap fasa kehidupan.


walaupun cara mereka berbeza, ada yg membimbing, ada yg memaksa, ada yg bertegas, tapi matlamat mereka hanya 1; supaya kita mampu terus ke depan apabila mereka tiada lagi disisi untuk memberi sokongan.

namun, jangan kita lupa, disamping mereka yg memerhatikan kita di bangku sekolah, masih ada insan yg lain yg juga melakukan perkara yg sama untuk kita. mungkin dia seorang tidak berpelajaran tinggi, namun dia tetap sebab utama kenapa kita mampu berdiri di atas kaki sendiri, mampu bercakap dengan fasih, dan mampu berjalan tanpa jatuh. tanpa dia, kita bukan saja takkan berada di sini, malah kita tak mungkin dapat menghirup oksigen jika dia tidak bersusah payah melahirkan, membesarkan seorang bayi yg tiada upaya selahirnya ke muka bumi ini. dialah guru pertama yg mengajar kita bertatih, mengeja dan mengira.

buat semua guru, sama ada pernah mengajarku secara langsung atau tidak, SELAMAT HARI GURU, dari anak didikmu (^_^)

p/s: dan aku menantikan hadirnya seorang lagi 'guru' dalam hidup aku, untuk terus membimbing dan mengajarku erti hidup yg sempurna. moga Allah memakbulkan hajatku ini. amin

2 comments:

niesz said...

selamat ari guru.. :)

paiz said...

slamat hari cikgu~