Kalau NUFF ZzZzZ tu..Tolong la gerak yer..3 kali cukup lah [F5].. kalau x jaga gak..biarlah NUFF tu tido..letih sangat la tu..hehe

Tolong Klik kalau ada iklan kat bwh k..

08 December 2009

Aku..Dia..& camera




**********************************************************************************
Salam..Ni la 1st time Milofloat join contest kat blogging ni...dah la join yg susah terus..hehehe.. sapa2 yg nak join contest ni gak bleh la link kan ker 0hdawie.com.
**********************************************************************************

Kisahnyer bermula...


Hidup aku sebagai seorang remaja yang penuh dengan angan-angan.Sama juga seperti orang lain.Tetapi angan-angan aku ini bukanlah untuk menjadi seorang yang berharta ataupun hidup dengan serba kemewahan. Aku sedar siapa lah diriku ini. Hanya yang aku impikan adalah sebuah kamera yang dapat menyimpan segala kenangan aku. Tetapi impian aku ini masih lagi tidak tercapai.

Semua teman-teman aku sudah mengetahui akan impian aku ini. Mereka hanya tahu untuk merendahkan impianku ini memandangkan aku yang hidup dalam serba kekurangan. Di dalam teman-temanku itu, hanya dia sahaja yang memahami dan mengambil berat tentang aku. Hanya dialah tempat aku meluahkan perasaan. Dia adalah adalah seorang gadis yang amat memahami aku. Aku sering membincang tentang masalah aku ini kepadanya.Dia mempunyai sebuah kamera tetapi bukan jenis yang aku impikan selama ini. Sungguhpon begitu, aku amat gembira dapat berkongsi dengannya. Dengan menggunakan 2 biji bateri yang bersaiz AAA dan menggunakan filem kodak, kami sering keluar bersama untuk bergambar tidak kira dimana sahaja kami berada. Semakin lama aku berkawan dengan dia, aku merasakan hidup aku semakin dekat dengan dia.

Pada suatu hari, semasa kami keluar bersama, aku terlihat sekeping poster yang masih baru yang terpampar pada satu dinding. Disitu ada tertulis satu contest yang begitu menarik perhatian aku kerana syarat utama untuk peraduan ini hanyalah perlu menghantar sekeping gambar kepada alamat contest ini. Hadiah untuk tempat pertama adalah sebuah kamera DSLR yang selama ini aku impikan. Tema contest itu adalah Aku..Dia..& Camera.

Dia yang berada disebelah aku tersenyum lebar sambil menunjukkan kameranya kepada aku.Dia seolah-olah sudah mengetahui apa yang terlintas difikiranku ini. Dengan pantas aku mengambil gambar bersamanya dihadapan poster itu. Dia hanya tersenyum.
Aku menghantar gambar itu kepada alamat contest yang dinyatakan itu dan menunggu sehingga pemenang diumumkan.

Sebulan kemudian.....(07 Januari 2010)

Ketika aku dan dia berbual-bual diatas pondok kecil didepan halamanku. Tiba-tiba seorang posmen datang dengan membawa sekeping surat. Aku memandang kearah posmen itu. Posmen itu sering kali menghantar surat dikawasan kampung aku. Aku amat mengenali posmen itu kerana sikapnya yang amat mesra dan peramah.

posmen: Assalamualaikumm!!!..Assalamualaikumm!!!.(sambil memicit hon motosikalnya)
Aku: Waalaikummussalam....yer abang posmen..ada surat ke? untuk siapa?

posmen: Laaa...abang tak perasan kamu kat situ..(sambil tersenyum aku dan gadis diatas pondok itu)...Ini ada surat untuk kamu la..Abang pon tak tau la apa isi surat ini.. Kamu baca lahh...siapa gadis kat sana tu? (berbisik)

Aku hanya tersenyum....sambil mengambil surat itu..

Aku: Terima kasih abang... kalau ada surat datang la lagi yer..

Posmen itu pon terus pergi sambil mengangkat tangan kearah aku.

Aku berjalan kembali kearah pondok tadi sambil membuka surat ditangan. Dia hanya melihat aku dari jauh. Aku terkaku seketika apabila membaca surat itu..Dia terus datang kearah aku sambil bertanya..

Dia: Awakk...surat surat dari siapa tu?

Aku tersenyum lebar dan terus menunjukkan surat itu kepada dia. Setelah membaca surat itu. Aku dan dia melompat keriangan..

Aku: yessssss!!!!Aku dapat tempat pertama contest tu..
Dia: Tahniah!!!tak sia-sia awak setai contest tu..

Aku sungguh gembira.Akhirnya impian aku selama ini sudah tercapai. Hari ini adalah hari yang amat bermakna bagi aku iaitu tanggal 7/1/2010....

9 comments:

oh!dawie said...

haha...nice story...pandai la nie..bkn susah pon nk wt cerpen kn..hoho.

Milofloat said...

Puji ikhlas ker tuu??hehehee..
ingat kan susah buat cerpen...tp xde la senang sangat..
nak kumpul idea tu yg susah skit..

Hidup Berani Untuk Gagal said...

Gud job milo.. your story is really good... i like your story... heheh..

Deen said...

gd luck la..hehe

niesz said...

wa..kreatif nyer..if niesz..confirm blur..hihi..gud luck yer tuk kamo..
bbasya!

Akuro San said...

not bad~ kreatif! good luck ya~ : D

Milofloat said...

xde lah kraetiv sngat pon..biasa2 jer..pakai redah jer buat..
x tau la korang rasa mcm mana..feeling ker cerpen tu??

wanita mutalib said...

bukan cerita betul eh...igt cerita betul heeee...
salam singgah :)

Milofloat said...

mana ade citer betol..ini rekaan semata2..ada kena mengena dgn yg idup dan tiada kena mengena dgn yg mati...hehehe