Kalau NUFF ZzZzZ tu..Tolong la gerak yer..3 kali cukup lah [F5].. kalau x jaga gak..biarlah NUFF tu tido..letih sangat la tu..hehe

Tolong Klik kalau ada iklan kat bwh k..

22 August 2009

Masjid Mizan Zainal Abidin

PUTRAJAYA 20 Ogos - Masjid Bandaraya, Masjid Mizan Zainal Abidin di sini yang akan dibuka kepada orang ramai esok bakal berfungsi sebagai salah satu medan dakwah kepada pelancong.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, ia mengambil kira jumlah pelancong ke Putrajaya yang lebih berminat mengunjungi masjid seperti Masjid Putra.

"Berdasarkan statistik, seramai 565,048 pelancong dalam dan luar negara datang melawat Masjid Putra tahun lalu iaitu tidak termasuk mereka yang datang untuk solat.

"Adalah menjadi satu dosa sekiranya kita tidak melakukan sesuatu kepada pelancong yang datang terutama bukan Islam untuk memperkenalkan Islam kepada mereka," katanya.


Beliau berucap pada majlis penyerahan projek pembinaan masjid itu daripada Perbadanan Putrajaya kepada Jakim di sini hari ini.

Masjid bertaraf dunia dengan seni reka unik bernilai RM203 juta itu mula dibina pada 2004 dan mampu memuatkan 20,000 jemaah pada satu-satu masa.

Wan Mohamad berkata, kursus pemandu pelancong akan disediakan bagi membantu pelancong bukan Islam mengenali agama Islam sekali gus menerangkan kepada mereka tentang keindahan Islam.

"Selain berfungsi sebagai medan dakwah, masjid itu akan memberi tumpuan kepada program-program bersifat antarabangsa kepada pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta termasuk pengajian kanak-kanak dan kursus pengkhususan.

"Kita berharap masjid ini mampu melahirkan sebuah masyarakat Islam yang harmoni, bersatu padu, berilmu dan menghayati Islam secara realistik," katanya.

Dalam pada itu, Wan Mohamad mengingatkan pihak pentadbir masjid agar tidak menjadikan masjid seperti sebuah kem tentera yang dikawal ketat sehingga menyekat orang lain yang ingin mendekatinya.

"Kita mahukan ia lebih terbuka dan tidak dikawal terlalu ketat kerana kita percaya ramai yang tertarik dengan Islam hanya dengan melihat bangunan masjid sahaja," katanya.

No comments: